Arab Saudi, India bekerjasama perangi keganasan global
RIYADH, Selasa – Kerajaan India sedia bekerjasama dengan Arab Saudi sebagai menghargai peranan kepimpinan negara itu dalam memerangi keganasan di Timur Tengah.
Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, negara itu komited untuk bekerjasama dengan Riyadh dan beberapa rakan lain di rantau ini dalam memerangi ancaman keganasan.
Modi berkata demikian dalam satu pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz di negara itu, semalam.
India dan Arab Saudi telah menandatangani lima perjanjian termasuk dalam pembiayaan menangani keganasan dan menggalakkan perdagangan dua hala antara dua negara itu.
Modi berkata, India telah berusaha untuk menolak cerita keganasan bahawa usaha memerangi keganasan global itu hanya tertumpu oleh agama dan kumpulan etnik tertentu.
“Tidak ada perbezaan antara baik atau buruk dalam keganasan. Tidak ada kasta, perbezaan warna kulit, kepercayaan ataupun agama,” kata Modi kepada pemberita.
Baru-baru ini, Arab Saudi telah membentuk pakatan utama terdiri daripada 34 buah negara Islam bagi memerangi keganasan.- Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan