Askar India tembak mati tiga penunjuk perasaan, Kashmir lumpuh

jammu-kashimir

SRINAGAR, Jumaat – Wilayah Jammu Kashmir yang dikawal kerajaan India lumpuh semalam, sehari selepas tiga warga tempatan, termasuk wanita berusia 70 tahun mati ditembak oleh askar India.

Ribuan penduduk tidak mempedulikan perintah berkurung yang dikenakan kerajaan, mengadakan tunjuk perasaan di seluruh wilayah itu yang majoritinya dihuni umat Islam.

Tiga warga tempatan itu maut selepas tentera India melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan berikutan dakwaan mengatakan askar India mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di bandar Handwara.

“Tentera India sangat menyesal atas kehilangan nyawa itu. Siasatan akan dijalankan,” kata jurucakap tentera NN Joshi.

Difahamkan, anggota tentera India di Kashmir dilindungi oleh undang-undang yang menghalang mereka daripada pendakwaan.

Kashmir dihuni majoriti umat Islam di wilayah Himalaya dikuasai sebahagiannya oleh India dan Pakistan.

Kedua-dua negara terbabit dalam tiga peperangan merebut wilayah itu pada 1948, 1965 dan 1971.

Sejak 1989, kumpulan pejuang untuk memerdekakan Jammu Kasshmir daripada India atau bergabung dengan Pakistan.

Lebih 70,000 penduduk Kashmir terbunuh dalam keganasan, kebanyakannya dilakukan askar India yang menempatkan kira-kira 500,000 anggotanya di wilayah itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?