Bantahan Dan Penentangan Terhadap Dr Zakir Naik – Apa Yang Boleh Dipelajari?

Dr_Zakir_Naik_2632470b

Seperti yang sudah dijangka, kehadiran Dr Zakir Naik dari India amat tidak disenangi oleh pihak musyrikin, pemimpin-pemimpin masyarakat India dari parti MIC dan parti rasis cauvinis parti DAP, dari pertubuhan-pertubuhan India seperti Hindraf dan Hindu Sangam, dari parti komponen BN iaitu MCA, dari para blogger dan kolumnis portal-portal media, dari gerakan-gerakan sivil, liberal, feminis dan seumpamanya (yang dalam kes terkemudian itu suara-suara yang lantang itu datang dari mulut sebahagian umat Islam sendiri).

Di sudut lain pula, bantahan ini turut menampakkan satu sikap yang membatu, membisu, terkedu dan mati akal untuk membuat pendirian daripada pihak-pihak yang sama ada ingin menjaga hati dan perasaan rakan sejawat, separti, sealiran dan seperjuangan, atau terlalu apologetik, lembik dan longlai atau sangat kemaruk dengan istilah-istilah lemah jiwa dan kalah mentaliti seperti “not-yet Muslim, Allah belum bagi hidayah, kafir menentang sebab tak faham, dakwah secara hikmah dan harmoni, Maqasid Syariah versi serba baru serta mengurus perbezaan secara rahmatun lil alamin”.

Lebih mengejutkan lagi apabila ada di kalangan mereka tanpa segan silu dan bermaruah sanggup membela, mempertahankan, menjustifikasi teman-teman dan sahabat-sahabat “seperjuangan” ini, malah ada pulak yang dengan sikap “holier than thou” dan “feeling of personal grandiose” memperkecilkan dan menempelak umat Islam yang tidak bersama-sama dengan mereka.

Berlemah lembut dan berlunak terhadap orang-orang kafir tetapi bersifat keras terhadap sesama Muslimin. Kriteria kawan dan lawan tidak lagi dipetik dari sumber-sumber Syariah.

Insiden ini telah menampakkan beberapa poin besar yang begitu ketara sekali:

Pertama: Kesatuan dan kesepakatan di kalangan para penentang Dr Zakir Naik tanpa mengambil kira latarbelakang politik, pertubuhan, organisasi, ugama dan agenda perjuangan. Permusuhan, perbalahan dan perbezaan sesama mereka boleh dilupakan buat sementara waktu untuk menghadapi satu entiti iaitu Islam.

Dr Zakir Naik hanyalah satu peribadi yang mewakili sosok Islam, kerana apa yang selalu disampaikan adalah apa yang tidak suka didengar oleh puak-puak penentang Islam. Saya percaya penentangan ini akan berulang lagi pada masa hadapan apabila mereka merasakan kepentingan mereka akan terjejas atau kebatilan ugama-ugama selain Islam dapat ditelanjangkan.

Kedua: Kesatuan dan kesepakatan di kalangan umat Islam melewati sempadan politik secara umumnya (kecuali segelintir sahaja) di dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan Islam, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh Muslim yang berwibawa dan berilmu dan yang paling ketara ialah penolakan terhadap sebarang usaha atau percubaan menjatuhkan imej dan nama baik tokoh atau ulamak Islam secara biadab dan celupar dari para penentang Islam.

Ketiga: Satu hakikat yang sangat menyedihkan dan perlu diakui ialah umat Islam di Malaysia amat ketandusan para ulamak yang mahir dan menguasai kajian perbandingan ugama, mendalami dan menghafal teks-teks besar di dalam kitab-kitab ugama lain, mampu membuktikan keagungan dan kesahihan Din Islam dengan sangat yakin, bersahaja dan mengesani, tanpa merasa takut atau mendewa-dewakan pihak lain.

Peribadi dan ketokohan Dr Zakir Naik adalah satu pencerminan kepada kelompongan dan kekosongan yang perlu diisi dengan segera. Saya suka mencadangkan supaya kaum Muslimin menghantar anak-anak mereka untuk mel;anjutkan pelajaran di dalam bidang perbandingan ugama dan bahasa asing yang sesuai dengan persekitaran dan realiti masyarakat semasa dengan syarat para pelajar atau siswa siswi yang dipilih wajib menguasai Bahasa Arab dan satu dua bahasa lain disamping menguasai Usul Fiqh dan Syariah.

Setuju atau tidak setuju, sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya mengalami “lambakan” atau “surplus” dan “over supply” graduan-graduan dalam bidang-bidang pengajian Diniyah. Perkara yang sama turut disentuh oleh salah seorang tokoh Islam yang sangat dikenali iaitu Imam Al Ghazali yang pernah menegur kecenderungan masyarakat Islam di zamannya untuk menghantar anak masing-masing melanjutkan pelajaran di dalam bidang-bidang ugama sedangkan membiarkan urusan-urusan “keduniaan” seperti bidang kedoktoran misalnya dikuasai dan dimonop[oli oleh orang-orang bukan Islam.

Keempat: Keserakahan dan semangat berkobar-kobar para penentang khususnya yang berbangsa India (DAP dan MIC) pada pandangan saya tidak lebih dari satu usaha yang sia-sia untuk menutupi kelemahan mereka sendiri – pertama kelemahan yang begitu ketara dalam hal ehwal keugamaan mereka sendiri dan kedua dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah sosial ekonomi rakyat Malaysia berketurunan India.

Saya pernah menyentuh hal ini di dalam satu status saya sebelum ini (http://ift.tt/1T3jazT) yang antara lain saya menulis:

“If only Waytha Moorthy is as deeply passionate about this country as Dr Zakir Naik once positively expressed, he should be more concerned about the dismal and sad (but stark) reality facing the Indian community in this country – and how he should effectively address them.

And we have not mentioned the issue of indiscriminate, unregulated and illegal temples sprouting at odd (but strategic) locations.

Every race and community has its fair share of problems peculiar to its own community. Wayna Moorthy should have realised this and direct his focus and attention on how to address the problems affecting the Indian community and provide solutions – poverty, alcoholism, crime, gangsterism and education generally affecting the rural areas and community.

It will go a long way towards resolving decades of despair, rejection, neglect, apathy, political indifference and clueless future faced by the Indian community in this country.”

Maksudnya secara ringkas, ketua Hindraf (Waytha Moorthy) sepatutnya lebih peka dengan nasib bangsa sendiri sebagaimana Dr Zakir Naik pernah menyatakan penghargaan beliau yang tinggi terhadap Malaysia, dengan lebih peka terhadap realiti sedih dan buruk yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini dan bagaimana beliau harus menanganinya secara berkesan sekali.

Ini belum termasuk isu pembinaan kuil-kuil Hindu secara sesuka hati, tidak terkawal dan berstatus haram yang muncul di sana sini di lokasi-lokasi yang tidak munasabah tapi strategik di sana sini.

Setiap bangsa dan komuniti mempunyai masalah masing-masing yang khusus. Wayna Moorthy (dan pemimpin-pemimpin India lain) sepatutnya merasa prihatin dan sedar terhadap masalah-masalah tersebut dan menjuruskan fokus dan perhatian mereka ke arah masalah-masalah masyarakat India di negara ini dan mencari penyelesaian kepadanya – kemiskinan, ketagihan arak, jenayah, gangsterisme dan pendidikan, yang lazimnya wujud di kawasan-kawasan dan komuniti luar bandar.

Inilah antara masalah-masalah yang pemimpin-pemimpin Hindraf, MIC dan juga dari DAP gagal menangani untuk bangsa dan komuniti sendiri. Satu paradoks di mana ramai di kalangan masyarakat India yang menjadi doktor, peguam dan mendominasi beberapa industri utama, akan tetapi tidak diterjemahkan untuk membela nasib dan masa depan bangsa sendiri.

Seorang penulis pernah menegur masyarakat India secara terang-terangan supaya mereka mengubah nasib sendiri dan meletakkan prioriti yang sebenar dalam hidup mereka. Akan tetapi saya tidak pasti apakah seruan itu akan mencapai maksud dan harapan yang diimpikan:

http://ift.tt/1T3jcI8

http://ift.tt/1T3jazX

Kelima: Perlu wujud satu laporan atau indeks yang saya saya cadangkan sebagai Laporan/Indeks Tahunan Tentang Kenyataan-Kenyataan Rasis Dan Anti-Islam.

Laporan/Indeks ini bertujuan untuk menangani “serangan” bertali arus terhadap Islam dan umat Islam yang pastinya akan menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam sebagaimana yang dicontohkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini.

zakir naik ramasamy dap

Prof Ramasamy bukanlah orang yang pertama melakukannya. Sebelum ini umat Islam di”bakar” sensitiviti mereka dengan komen-komen celupar Patrick Teoh, diikuti dengan Alvin Tan dan ramai pihak lagi. Bila umat Islam memprotes dan membantah, hanya kekesalan sahaja yang disuarakan oleh pemilik-pemilik mulut celupar itu, tanpa kemaafan yang ikhlas. Mereka tidak sesekali akan meminta maaf dari umat Islam setulus dan seikhlas hati mereka.

Apa yang boleh dilakukan oleh seluruh umat Islam ke arah menjayakan Laporan/Indeks Tahunan Tentang Kenyataan-Kenyataan Rasis Dan Anti-Islam adalah dengan memantau secara konsisten SETIAP kata-kata, kenyataan, komen, status, artikel, rencana, ucapan, tulisan dan seumpamanya dari mana-mana pihak, khususnya pemimpin-pemimpin DAP yang terkenal rasis dan cauvinis, dari blogger atau pemilik-pemilik Facebook, dari hantaran-hantaran atau perkongsian-perkongsian Whatsapp, Twitter, Telegram, Instagram, portal-portal media, siaran-siaran radio dan seumpamanya.

Setiap Muslim di setiap negeri, kampung, taman-taman perumahan, bandar dan pekan boleh melakukannya. Apa yang perlu ialah memastikan terlebih dahulu kesahihan apa yang disebut, ditulis, disampaikan dan sebagainya, membuat rakaman dan “screenshot” bahan-bahan bukti tersebut dan membuat laporan polis sekiranya perlu.

Syaratnya ialah mesti mematuhi undang-undang di dalam kita melaksanakan usaha-usaha tersebut dan tidak memfitnah pihak lain.

Apabila umat Islam sedar dan faham akan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan Islam, maka semua Alvin, Patrick, Ramasamy, Tony, Joseph jadian akan berfikir berpuluh kali sebelum membuka mulut, mengetuk “keyboard”, menaip artikel, bersuara, menyiarkan atau menyebarkan apa-apa bahan yang menghina Islam.

Tidak salah sekiranya umat Islam semuanya menjadi “pendekar” yang membela Islam, di alam maya dan juga alam nyata.

Kehadiran Dr Zakir Naik telah membawa impak besar dan kesan positif yang banyak untuk umat Islam.

Semoga kita bijak memilih mutiara hikmah di sebalik keberadaan beliau di negara Islam kita ini, menjadikan umat Islam sebagai umat yang beragenda dan sentiasa mendaulatkan Islam.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?