BN Sarawak akan menang bukan sebab Najib: Shafie Apdal
BANGI, Sabtu – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, yakin Barisan Nasional (BN) boleh mengekalkan pentadbiran di Sarawak, tetapi bukan disebabkan faktor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pembangunan.
Sebaliknya, BN akan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) disebabkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satim memainkan isu-isu kenegerian iaitu ‘Sarawak untuk orang Sarawak’.
“Dia menang bukan pasal pembangunan, dia menang bukan pasal Datuk Najib. Dia menang pasal Ketua Menteri Sarawak ni mendendangkan lagu-lagu Sarawak untuk orang Sarawak. Dia nak autonomi, dia nak 40 peratus minyak royalti.
“Dia macam Kelantan lah….. kenegerian dia menebal, semangat negeri dia tebal,” katanya pada program bicara santai bersama Naib Presiden UMNO di Gurun, Kedah, kelmarin.
Ucapan beliau yang turun menyentuh mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan UMNO dimuat naik dalam blog dinturtle, hari ini.
Bercakap dalam temu bual kemudiannya, Shafie mengulangi pandangannya bahawa BN akan meraikan kemenangan bukan disebabkan pembangunan atau populariti Najib, tetapi kerana kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak, katanya, yang melaungkan supaya Sarawak untuk Sarawak dan juga hak-hak seperti autonomi, penjawat awam serta pelbagai yang dituntutnya akan memberi tarikan kepada rakyat negeri itu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan