Boleh beri nasihat jangan guna wang haram untuk ibadah

draznan2

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Selasa – Umat Islam boleh mengingatkan sesama sendiri bahawa wang yang haram jika digunakan untuk mengerjakan apa saja ibadah tidak memberi apa-apa faedah, kata Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Prof Madya Dr Aznan Hasan.

Beliau berkata, perbuatan seseorang itu melakukan ibadah adalah antara dia dengan Allah SWT dan hanya dia sahaja yang tahu dari mana sumber kewangan itu.

“Suatu perkara yang perlu kita amati juga. Kita tidak seharusnya menuduh sesiapa sahaja yang berbuat amalan soleh dengan tuduhan bahawa duit yang digunakan beliau untuk melakukan amalan soleh itu adalah datang daripada duit haram, selagi mana kita tidak betul-betul pasti. Ini adalah amat ditegah oleh syarak.

“Namun tidak mengapa untuk kita mengingatkan beliau bahawa wang yang haram jika dibuat ibadah tidak akan memberi apa-apa faedah kepada beliau,” katanya kepada ismaweb.net ketika diminta mengulas persoalan yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan di blog beliau, Tun Dr Mahathir mendedahkan ada pihak membiayai orang tertentu mengerjakan ibadah umrah, sedangkan sumber wang yang digunakan masih menjadi persoalan.

Tanpa memberitahu pihak mana yang membiayai ibadah umrah orang tertentu itu, beliau tertanya-tanya jika wang yang dibelanjakan untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, seperti wang curi.

Dr Aznan berkata, secara umum ada dua pandangan mengenai penggunaan wang haram untuk melakukan ibadah iaitu pendapat Imam Ahmad dan jumhur ulama.

“Imam Ahmad berpandangan bahawa segala ibadah yang dibuat menggunakan duit haram adalah tidak sah dan tidak mendapat pahala.

“Namun, jumhur ulama berpandangan bahawa ibadah tersebut sah, tetapi tidak mabrur. Jadi beliau tidak akan dapat apa-apa pahala, walaupun amalan itu sah.

“Dengan erti kata lain, jika duit haram berkenaan digunakan untuk mengerjakan amalan wajib (seperti haji wajib atau umrah wajib), maka dia tidak perlu qada lagi.

“Namun ulama sepakat bahawa perbuatan itu adalah sia-sia dan beliau tidak akan mendapat apa-apa pahala daripada perbuatan berkenaan,” katanya.

Dr Aznan berkata, cara yang sebetulnya dalam mengendalikan wang haram itu ialah dengan mengembalikan semula kepada pemilik asalnya (sama ada individu, suatu entiti atau negara) dan bertaubat.

“Jika kita tidak mengetahui siapa pemiliknya, maka hendaklah kita melupuskannya kepada khairiat. Namun ia bukanlah suatu sedekah, sebaliknya hanya sekadar suatu pelepasan tabriat al-zimmah diri kita daripada wang haram,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?