China akan bina bangunan di pulau kecil di Laut China Selatan
BEIJING, Isnin – China akan memulakan projek pembinaan di salah satu pulau kecil utama di kawasan Laut China Selatan dengan bantuan kerajaan Filipina.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, projek itu akan dibangunkan di kawasan Scarborough Shoal, kira-kira 230 km di kawasan perairan Filipina.
China mendakwa pihaknya beberapa bulan sebelum ini telah membuat pulau-pulau kecil di kawasan strategik di lautan itu yang menjadi rebutan beberapa negara Asia Tenggara lain.
Filipina pernah membuat tuntutan ke atas Scarborough Shoal tetapi China telah mengawal tempat itu sejak 2012 dan telah mendirikan pusat ketenteraan dan landasan kapal terbang di kawasan berkenaan.
SCMP juga melaporkan bahawa China telah diizinkan untuk menguasai ruang udara Scarborough lalu bercadang membina lapangan terbang untuk kegunaan tentera.
Selain China dan Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan juga mempunyai tuntutan ke atas sebahagian Laut China Selatan kerana ia adalah laluan utama perkapalan dunia dan memiliki simpanan minyak. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan