China mulakan operasi rumah api di Laut China Selatan
CHINA, Rabu – China telah memulakan operasi rumah api di salah sebuah daripada pulau-pulau buatan di Laut China Selatan berhampiran dengan laluan pelayaran kapal perang Amerika Syarikat tahun lalu.
Pembinaan rumah api itu adalah untuk memenuhi obligasi antarabangsa dari segi keselamatan maritim, mencari dan menyelamat serta penyelidikan saintifik.
Kementerian Pengangkutan China dilaporkan telah mengadakan ‘upacara selesai’ iaitu sebagai tanda permulaan operasi rumah api setinggi 55 meter (180 kaki) di terumbu Subi, yang mana pembinaan bermula pada bulan Oktober tahun lalu.
Untuk rekod, rumah api yang dapat mengeluarkan pancaran cahaya putih pada waktu malam, “boleh menyediakan perkhidmatan navigasi yang cekap seperti rujukan kedudukan, panduan laluan dan maklumat keselamatan pelayaran kepada kapal-kapal, yang boleh meningkatkan pengurusan navigasi dan tindak balas kecemasan”.
Selain itu, terumbu Subi adalah pulau buatan yang dibina oleh China beberapa tahun lalu. Sebelum China menjadikannya sebuah pulau, Subi telah tenggelam disebabkan air pasang.
Terdahulu, di bawah Konvensyen Pertuuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut, had 12 batu nautika tidak boleh ditetapkan di sekitar pulau-pulau buatan manusia yang dibina di atas terumbu tenggelam.
Laut China Selatan adalah kawasan maritim penting dan kawasan perikanan utama. Selain itu, China juga mempunyai projek rumah api di dua terumbu lain di kawasan itu. – Agensi
Ulasan
Catat Ulasan