Didik anak erti kesusahan

Anak-anak yang memeriahkan program KSU.Oleh Adli Adnan

KUALA PILAH, 4 April – “Anak-anak pada hari ini perlu dididik untuk merasai erti kesusahan bagi menjadikan mereka seorang hamba Allah yang lebih bersyukur,” Ustazah Nik Norsaha Nik Muhammad AJK Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Seremban semasa ceramah Kempen Selamatkan Ummah (Adakah Keluarga Kita Selamat?)

Ujarnya turut menekankan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang amat penting bagi membina keluarga muslim yang cemerlang.

“Peranan sebagai suami isteri dan seterusnya tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana jika ibu bapa tidak melaksanakan amanah ini dengan baik, anak-anak akan mudah terdedah dan terpengaruh dengan anasir-anasir yang kurang sihat yang berada di sekitar mereka,” katanya.

Selain ceramah, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang turut dijalankan seperti pameran ancaman liberalisme, normalisasi dan hedonisme, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti anak-anak nazim, jualan dan mini spa. Melalui aktiviti nazim, anak-anak yang hadir mendapat manfaat melalui aktiviti seperti amali solat dhuha, sukaneka dan kraftangan.

Kempen Selamatkan Ummah ini merupakan aktiviti julung kali yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Kuala Pilah dengan kerjasama Biro Keluarga dan Masyarakat serta Wanita Isma Negeri Sembilan.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana bukan sahaja turut dihadiri oleh masyarakat setempat sekitar Kuala Pilah, malah ada yang hadir dari Jempol dan Batu Kikir.

photo66700593455016399

Ceramah oleh Ustazah Nik Norsaha

Ceramah oleh Ustazah Nik Norsaha

Muslimah tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Muslimah tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Amali solat dhuha oleh anak-anak nazim.

Amali solat dhuha oleh anak-anak nazim.

Pemeriksaan kesihatan percuma kepada muslimah yang hadir.

Pemeriksaan kesihatan percuma kepada muslimah yang hadir.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?