Dokumen Panama: Menteri Kewangan Iceland enggan letak jawatan
LONDON, Selasa – Menteri Kewangan Iceland, Bjarni Benediktsson hari ini mengumumkan tidak akan meletakkan jawatan berikutan pendedahan Dokumen Panama terhadapnya.
Sebelum ini Dokumen Panama mendedahkan beliau terlibat dalam satu syarikat pelaburan luar negara di Seychelles.
Ketika ditanya pemberita di London adakah beliau akan berundur, jawabnya tidak.
ICIJ berkata, berdasarkan laporan Dokumen Panama, Benediktsson dan dua ahli perniagaan Iceland mempunyai kuasa ke atas syarikat Falson & Co yang ditubuhkan di Seychelles pada tahun 2005.
ICIJ juga melaporkan bahawa Benediktsson telah mengakui memiliki satu pertiga saham syarikat dan menjelaskan bahawa syarikat itu ditubuhkan untuk tujuan pelaburan pembinaan empat pangsapuri di Dubai, sebelum syarikat itu ditutup pada tahun 2009.
Keadaan politik di Iceland menjadi tegang dan menyebabkan keyakinan terhadap sistem politik dan kewangan negara itu berkurangan.
Satu kajian pada minggu lepas mendapati 69 peratus responden mahu Benediktsson meletak jawatan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson meletak jawatan setelah didapati isterinya memiliki sebuah syarikat luar negara yang berhutang dengan bank di Iceland. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan