El Nino: Perlis negeri paling panas

el nino

KUALA LUMPUR, Sabtu – Stesen Meteorologi Chuping di Perlis setakat ini mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 4 petang semalam, Stesen Meteorologi Chuping di Perlis telah mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.

Dalam pada itu, tiga kawasan telah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari sehingga semalam antaranya 19 hari di Kota Baharu dan Machang, Kelantan serta 11 hari di Kudat, Sabah.

“Klang dan Kuala Selangor, Selangor, Kota Tinggi, Johor; Rompin, Pahang serta Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama tujuh hingga sembilan hari,” katanya.

Mengulas mengenai operasi pembenihan awan beliau berkata, ianya telah diadakan di beberapa kawasan.

“Operasi tersebut berjaya menghasilkan hujan di kawasan tadahan Bukit Larut, Perak; empangan Bukit Merah dan Air Kuning, Perak; empangan Sepri, Negeri Sembilan dan empangan Durian Tunggal, Melaka,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?