Hanya RM60 untuk pemenang pertandingan basikal junior
BANGI, Rabu – Pertandingan berbasikal junior mendapat kritikan daripada netizen apabila hanya RM60 yang ditawarkan sebagai hadiah untuk tiga pemenang yang mendapat tempat pertama hingga ketiga.
Pertandingan anjuran Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu berlansung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang pada 9 April lalu.
Bagaimanapun, hadiah yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu mendapat kritikan apabila netizen melihat hadiah yang ditawarkan seolah-olah tidak sesuai.
“Replika cek lagi mahal dari hadiah, setakat RM30 masuk sampul surat sahaja. Penganjur memalukan diri sendiri,” kata Alon Al-Azmee menerusi komennya di laman Facebook Junior Cycling Malaysia.
“Memalukan. Hadiah untuk budak-budak RM30 sahaja, baik bagi hamper sahaja pada mereka,” komen Shahrul Nizam di laman yang sama.
Hadiah yang ditawarkan kepada peserta di bawah umur 9 tahun adalah sebanyak RM30 untuk tempat pertama, RM20 untuk tempat kedua dan tempat ketiga sebanyak RM10.
Jumlah yang sama turut diberikan kepada pemenang bagi kategori di bawah umur 11 tahun dan bagi kategori di bawah 17 tahun sebanyak RM100 untuk tempat pertama, RM70 untuk tempat kedua dan RM50 untuk tempat ketiga.
Peguam dan aktivis masyarakat, Mohd Khairul Azam Abd Aziz turut mengkritik hadiah yang ditawarkan oleh penganjur itu.
“Khairy Jamaluddin bangga membodohkan diri beliau sendiri, Tok Empat felda pun malu kalau pangkat dia turun bagi duit tambah nilai pada anak kampung, ” katanya melalui laman Facebooknya hari ini.
“Salah satu contoh betapa bodohnya kerajaan kita hari ini,” katanya lagi.
Mendapat penyertaan lebih 700 peserta yang berumur antara lima hingga 19 tahun pertandingan itu dilaksanakan menerusi Program Pembangunan Remaja Sukan Berbasikal.
Pertandingan berbasikal itu bertujuan untuk menambah tempat penyertaan sukan berbasikal negara di Sukan Olimpik serta menyediakan pelumba untuk ke kejohanan lebuh raya kompetitif seperti Grand Tour.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan