Hasil penyelidikan dua pensyarah USM dalam jurnal berimpak tinggi

USM-Logo

GEORGE TOWN, Rabu — Hasil penyelidikan dua pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai isu penjagaan kesihatan global dan kesejahteraan, diterbitkan dalam jurnal berimpak faktor tinggi baru-baru ini.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata penerbitan dalam ‘Lancet Journal’ dan ‘Nature Genetics Journal’ itu merupakan pencapaian penting bagi meningkatkan kolaborasi pensyarah, ahli akademik dan penyelidik tempatan untuk terlibat dengan penyelidikan utama dalam pelbagai disiplin ilmu bertaraf dunia.

“Kita berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus berusaha mendorong lebih ramai penyelidik dan ahli akademik USM berusaha berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, penyelidik berkenaan ialah Prof Madya Dr Kamarul Imran Musa dari Jabatan Komuniti Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dan Prof Madya Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin dari Jabatan Ofthalmology USM.

Beliau berkata kedua-dua penyelidik itu berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk di Kementerian Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Pusat Kepakaran Mata Antarabangsa.

Penyelidikan Dr Kamarul Imran melihat kepada peningkatan kes obesiti di seluruh dunia, manakala Dr Liza Sharmini berkolaborasi dengan Profesor Aung Tin, seorang alumni University College London (UCL) yang menumpukan kepada faktor genetik sebagai punca glaukoma.  — Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?