ICU henti peruntukan DUN diwakili Mukhriz

mukhriz

BANGI, Jumaat – Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri menghentikan peruntukan tahunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang diwakilinya.

Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh ICU bahawa semua DUN diberikan peruntukan kira-kira RM300,000 untuk melaksanakan sebarang projek kecil-kecilan.

Bagaimanapun, beliau berkata, DUN Ayer Hitam terkecuali daripada menerima peruntukan itu setelah ICU mendapat arahan daripada Putrajaya.

“Setiap DUN mendapat peruntukan, malah DUN diwakili pembangkang juga dapat yang disalurkan melalui penyelaras Barisan Nasional (BN). Tetapi, entah kenapa DUN mantan Menteri Besar telah dipotong daripada senarai itu,” katanya, semalam.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ICU baru-baru ini telah memberi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN, tetapi beliau tidak dijemput.

“Setiap Adun diberikan senarai dan memang DUN Ayer Hitam tiada dalam senarai itu. Ini semua adalah permintaan daripada rakyat. Contohnya minta untuk baiki surau atau jalan berturap. Itu tujuan perbelanjaan kecil-kecilan.

“Permohonan dihantar ke pejabat Adun sebelum disalurkan kepada ICU. Jadi peruntukan itu bukan untuk wakil rakyat sebaliknya untuk memenuhi permintaan rakyat,” katanya.

Katanyanya, beliau akan meminta penjelasan daripada ICU kenapa DUN Ayer Hitam dikecualikan daripada menerima peruntukan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, Mukhriz yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merampas kerusi DUN Ayer Hitam daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Ketika kempen PRU itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan kepada rakyat Kedah bahawa Mukhriz akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN dapat menawan semula negeri itu daripada PAS.

Kemenangan BN di Kedah dengan memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN, mengangkat Mukhriz sebagai Menteri Besar seperti dijanjikan.

Bagaimanapun, tidak sampai sepenggal mentadbir negeri, Mukhriz digulingkan sekumpulan pemimpin UMNO negeri diketuai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setelah mendapat restu Putrajaya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?