Isma Gombak bakal buka pusat komuniti tahun ini

photo_2016-04-24_14-04-41

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

GOMBAK, Ahad – Bagi merancakkan lagi khidmat dakwah kepada masyarakat, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak akan menubuhkan sebuah pusat komuniti.

Pusat komuniti itu disasarkan akan menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat di sekitar Gombak.

Perkara ini diumumkan oleh Yang Dipertua Isma Gombak, Zuraidi Zakaria di hadapan 200 ahli pada majlis perhimpunan ahli-ahli cawangan di Dewan Seminar Masjid As-Syakirin di sini hari ini.

“Insya-Allah kepimpinan Isma Gombak telah memutuskan penubuhan pusat komuniti ini pada tahun ini juga.

“Dengan penubuhan pusat ini, kita berharap masyarakat akan lebih dapat manfaatnya. Selain itu, mesej dakwah Isma juga akan lebih cepat tersebar di kalangan penduduk setempat,” katanya.

Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya turut menghadiri perhimpunan ini dan menyampaikan kata aluan.

Katanya, Isma Gombak berpotensi untuk mengorak langkah lebih jauh mengembangkan dakwah sekiranya setiap ahli memanfaatkan kelebihan diri dan kreatif dalam menyampaikan dakwah.

Lebih 200 ahli Isma berhimpun bagi mengeratkan silaturrahim dan mendengar pesanan daripada pimpinan di peringkat cawangan.

Seorang ahli, Ahmad Ridwan Rais Aktifanus, 22, ketika ditemui Ismaweb berkata, beliau bersyukur dapat menghadiri perhimpunan ini.

“Alhamdulillah saya dapat hadir ke perhimpunan Isma Gombak mendengar sendiri perkembangan semasa cawangan daripada YDP dan pimpinan.

“Semoga dakwah Isma di Gombak terus mantap dan saya sendiri akan cuba menginfaqkan diri saya untuk dakwah,” katanya.

Ustaz Mohd Nazri bin Mohd Nor, 50, pula mendoakan agar dakwah Isma lebih maju pada masa akan datang.

“Kita telah mendengar harapan YDP kepada ahli. Maka sebagai ahli kita perlu bekerja lebih kuat untuk mengangkat nama Isma di Gombak dan di seluruh Malaysia,” katanya.

photo_2016-04-24_14-04-38

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?