ISMAWEB.NET TARIK BALIK BERITA ‘UMNO anggap Najib panglima perang orang Islam’

tarik balik
SIDANG Pengarang Ismaweb.net, sebuah portal Islam dan Melayu, ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa kami membuat keputusan menarik balik berita bertajuk ‘UMNO anggap Najib panglima perang orang Islam’ yang disiarkan beberapa jam lalu.

Berita yang memetik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi hari ini berkata, Datuk Seri Najib Razak sebagai panglima perang orang Islam sehingga menyebabkan Perdana Menteri itu terpaksa berahsia dalam banyak perkara.

Ismaweb.net menganggap dalam keadaan umat Islam yang menjadi majoriti di Malaysia sedang berdepan pelbagai serangan, Najib yang kononnya dikatakan sebagai ‘Panglima Perang’ hanya berdiam diri.

Paling terbaru, isu berkenaan pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik yang dilarang memberikan ceramah intelektualnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di mana arahan pembatalan program itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan ‘Panglima Perang’ hanya berdiam diri. – Pengarang

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?