Israel rancang bekalkan ‘drone’ bunuh diri kepada tentera sebagai senjata

576407960

TEL AVIV, Rabu – Rejim zionis Israel merancang untuk membekalkan ‘drone’ bunuh diri kepada tenteranya bagi menghadapi serangan.

Seorang eksekutif di Israel Aerospace Industry (IAI) yang menghasilkan ‘drone’ itu berkata, senjata yang diberi nama ‘Rotem’ itu mempunyai berat kira-kira sepuluh paun (4.5kg).

“Drone bersaiz kecil itu dapat membawa bom tangan dan kamera kecil serta cahaya yang cukup untuk diletakkan dalam beg seorang tentera Israel.

“Drone ini adalah quadcopter (empat kipas) yang boleh pergi ke atas kawasan sasaran sehingga 30 minit,” katanya.

Bagaimanapun, seseorang tentera itu hanya dicadangkan untuk membawa dua drone di dalam beg masing-masing.

Menurut IAI, senjata itu tidak bising dan hampir tidak dapat dikesan sehingga 200 meter.

Pengendali akan mengenal pasti sasaran dan mengemudikan drone itu sebelum meletupkan dua bom pemecahan peranti yang sekaligus akan memusnahkan drone itu – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?