Jangan bayar sesen pun pada ulat parkir: Datuk Bandar KL

ULAT PARKIRKUALA LUMPUR, Ahad – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz menasihati orang ramai jangan sesekali membayar kepada ‘ulat parkir’.

Beliau berkata, mereka harus melaporkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis dengan serta merta sekiranya ulat parkir memaksa mereka membayar wang.

“Jangan bayar kepada mereka sesen pun,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kegiatan penjaga tempat letak kereta tanpa permit atau ‘ulat parkir’ di sekitar ibu kota yang nampaknya sudah ‘naik kepala dan naik minyak’.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mustafa Mohd Nor berkata, sebanyak 74 siri Ops Jaga yang bertujuan menahan ulat parkir telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Sebanyak 136 ulat parkir ditangkap di sekitar ibu kota berbanding 231 pada tahun 2014, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah jabatan itu Muhamad Irwan Abdullah berkata, setiap ulat parkir yang ditangkap didakwa di Mahkamah Majistret DBKL.

Mereka dituduh mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 DBKL dan sekiranya didapati bersalah akan dikenakan kompaun antara RM200 dan RM2,000, katanya. – Bernama

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?