Jangan mudah terpengaruh cubaan jatuhkan parti: Ahmad Bashah

bashah

ALOR SETAR, Selasa – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan cubaan beberapa individu yang cuba menjatuhkan UMNO melalui gerakan yang kononnya untuk mempertahankan parti dan negara.

Ahmad Bashah berkata gerakan yang turut disertai beberapa pemimpin UMNO itu dilihat mampu memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan pemimpin tertinggi dan anggota parti selain bimbang akan menjatuhkan parti itu sendiri.

“Saya minta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan usul yang cuba dibawa melalui gerakan itu kerana tindakan berkenaan menunjukkan tiadanya semangat cinta dan sayangkan parti dalam anggota parti sendiri.

“Anggota UMNO yang sayangkan parti perlu bermuafakat dengan tidak memberi sokongan atau terlibat dalam program gerakan yang akan diadakan itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika mengulas program yang bakal dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Jitra pada Khamis ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata sekiranya ada anggota UMNO yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka boleh berundur daripada parti.

“Sekiranya ada timbul rasa tidak puas hati, mereka boleh tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, bukannya menggunakan pendekatan seperti mengadakan gerakan yang bertujuan menjatuhkan parti,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Bashah yang mengadakan lawatan kerja di Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkata beberapa perubahan dari segi pentadbiran dan perkhidmatan akan dilaksanakan selain memindahkan jabatan yang ada di JAIK ke bangunan yang lain berikutan keadaan bangunan yang terlalu padat.

“Jabatan yang masih belum dikenal pasti itu dijangka dipindahkan ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Mergong selepas raya kerana kita ingin memastikan mereka bekerja dalam keadaan yang selesa bagi menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Turut hadir Pengarah JAIK Datuk Zahari Ismail dan Exco Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?