Kerajaan kerap potong bajet kami kata Suhakam

image

KUALA LUMPUR, Rabu – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini membuat dakwaan bahawa suruhanjaya itu sering tidak menerima peruntukan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, setiap tahun peruntukan akan dipotong sehingga 50 peratus.

Suruhanjaya berkenaan juga hanya menerima kira-kira RM5 juta daripada bajet asal yang diperuntukkan untuknya.

“Merujuk kepada Seksyen 19 (1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) yang memerlukan kerajaan untuk menyediakan dana tahunan mencukupi untuk Suruhanjaya bagi membolehkan ia melaksanakan fungsinya di bawah akta itu.

“Bajet untuk kita RM13 juta tapi bukan semua jumlah itu diberi kepada kita. Daripada jumlah itu beberapa juta ringgit akan dipotong.

“Jika bajet Suhakam tidak ditambah, Suhakam akan mengalami situasi sukar untuk membayar sewa, gaji, program dan sebagainya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi menyelesaikan isu itu, beliau berkata pihaknya telah bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan bagi membincangkan kesan dan implikasi peruntukan Belanjawan 2016 untuk Suhakam.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur apabila Suhakam diberikan pentauliahan status A di bawah Prinsip-prinsip Paris oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi Nasional untuk Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) pada Mesyuarat Tahunannya ke-29, Mac lalu di Geneva.

“Suruhanjaya akan terus menjalankan mandat dan fungsinya dalam mempromosi, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia di negara ini agar hak asasi manusia dapat dinikmati oleh semua orang atas dasar kesaksamaan dan tanpa diskriminasi,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?