Ketua Menteri Melaka benar syarahan Zakir Naik jika tajuk ditukar

Datuk-Seri-Ir.-Hj.-Idris-Bin-Hj.-Haron-Chief-Minister-of-Malacca

BANGI, Selasa – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron meminta agar tajuk syarahan Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka supaya lebih menyentuh kepada masalah Islam dan jalan penyelesaiaannya.

Menurutnya, isu itu lebih sesuai diketengahkan untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia masa kini dan Islam sebagai jalan bagi merungkaikan permasalahan itu.

“Kita buat topik di mana orang ramai mahu mendengarnya dan mendapat banyak ilmu serta manfaat yang boleh menjadikan manusia lebih baik melalui Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Idris mahu tajuk syarahan Dr Zakir Naik pada 16 April nanti ditukar kepada ‘Islamic Problems and Solutions to Humanity’.

Terdahulu, syarahan Dr Zakir di UTeM dibatalkan kerana tajuknya ‘Persamaan antara Hindunisme dan Islam’ dilihat tidak sesuai.

Bagaimanapun, semalam syarahan Dr Zakir diumumkan akan diteruskan dan tajuk syarahan akan di tukar kepada ‘Women’s Right In Islam’.

“Saya mahu orang ramai datang dan mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Dr Zakir Naik mengenai tajuk itu,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?