Khairul Idham Pawi: Wajah Gemilang Remaja Malaysia

idham pawi
ACAP
kali kita dijamu dan diperdengarkan dengan gambaran negatif berkenaan remaja di Malaysia yang menghiasi dada akhbar. Namun semalam, detik kemenangan pelumba sukan motor negara Khairul Idham Pawi, 17 tahun sedikit sebanyak membuka mata kita untuk melihat sinar pada diri remaja di Malaysia.

Saya melihat dua perkara menarik untuk disentuh di sini:

1. Menjuarai Moto3 Saingan Grand Prix (GP) Argentina ketika usia muda dan masih baru dalam kejohanan tersebut.

Melalui kemenangan tersebut Khairul Idham dilihat mengubah perspektif masyarakat apabila setiap kali digembar-gemburkan di media tempatan ketika menyebut kalimah ‘remaja’ dan ‘motor’ maka kesimpulannya akan menjadi mat rempit. Berbeza dengan sukan permotoran, merempit dilihat begitu membahayakan nyawa dengan kekurangan alatan keselamatan dan aksi-aksi yang mengundang maut. Tambahan pula, ia juga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Maka, nasihat saya buat semua remaja:
Minat dengan motor, tak salah.
Jangan merempit,
Jadilah seperti Khairul Idham Pawi.
Beliau juara sukan motor dunia.

2. Jati diri anak Melayu Muslim.

Suatu momen yang begitu membanggakan ialah semasa diumumkan sebagai pemenang, beliau dilihat meninggalkan podium apabila pemenang tempat kedua dan ketiga menyemburkan arak ke arahnya. Tidak lentur identiti, meski diasak populariti. Begitulah anak Melayu sejati. Biar sejauh mana merantau ke negara orang. Beliau tetap membawa imej anak Melayu, seorang Muslim.

Inilah yang kita mahukan, saya yakin pelbagai lagi tindakan positif remaja kita di luar sana yang patut ditonjolkan lagi di samping menghiasi medium media sosial, cetak dan elektronik kita.

Sabda Rasulullah saw:

إن الله عزوجل ليعجب من الشاب ليست له صبوة

Maksudnya: “Allah takjub dengan pemuda yang tiada padanya sifat as-Sobwah (keanak-anakan atau ketidakmatangan).” (Hadith Riwayat Ahmad)

Ayuh remaja sekalian, usah asyik dibuai dengan kalimah remaja perosak bangsa yang sering disogok media kita. Kita meyakini, Wajah Gemilang Remaja Malaysia akan kembali menyinar. Khairul Idham Pawi telah membuktikannya dan saya yakin anda juga boleh.

Suhayl Salmi
Ahli Jawatankuasa Pusat KRIM Nasional (Kelab Remaja Isma)
Penulis juga salah seorang ikon Professional Huffaz (PROFAZZ)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?