KRIM dan I-Medik jayakan kempen ‘say no to zina’
Ustaz Ramadan Awang (Pengarah KRIM KT) bersama Dr Usaid Fakhruddin (IMEDIK KT)
KUALA TERENGGANU, 25 April – Kelab Remaja Isma (KRIM) dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berganding bahu untuk menjayakan kempen ‘Say No To Zina’ di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok kelmarin.
Ustaz Ramadhan Awang mewakili KRIM Kuala Terengganu dan Dr. Usaid Fakhruddin mewakili I-Medik Kuala Terengganu. Kempen tersebut merupakan salah satu usaha KRIM dan I-Medik untuk membantu membendung masalah sosial dengan menyebarkan kesedaran di kalangan remaja tentang bahaya zina.
“Kami berhasrat untuk menjelajah ke seluruh sekolah menengah di Kuala Terengganu ini untuk sebarluaskan kefahaman ini kepada seluruh remaja di sini. Mana-mana pihak yang berminat boleh hubungi kami,” demikian ujar Ustaz Ramadhan yang juga Pengarah KRIM Kuala Terengganu.
Kempen ini berakhir dengan sesi soal jawab yang mendapat respon positif daripada peserta dengan pelbagai soalan seputar zina dan ikhtilat.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan