Lima peserta Kembara Musafir Umrah 2016 teruskan perjalanan ke Makkah

Foto: NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.

Foto: NSTP/Fariz Iswadi Ismail

ALOR SETAR, Sabtu – Lima peserta konvoi motosikal ‘Kembara Musafir Umrah 2016’ meneruskan perjalanan ke Madinah, Arab Saudi dari sini hari ini selepas seorang daripada mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Enam peserta konvoi itu memulakan perjalanan dari Putrajaya semalam selepas solat Jumaat.

Kembara itu dijangka mengambil masa 40 hari akan melalui Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran dan Emiriah Arab Bersatu sebelum dijangka tiba di Arab Saudi pada 1 Jun, membabitkan jarak 11,500km.

Ketua konvoi Azman Baharuddin, 57, berkata Muhamad Irwan Kasman, 43, dari Singapura terpaksa membatalkan hasrat meneruskan kembara itu selepas terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke sini, namun beliau tidak cedera.

Katanya walaupun berdepan dengan situasi yang tidak dijangka, beliau dan empat lagi peserta akan meneruskan konvoi bagi merasai perjuangan umat Islam terdahulu yang menempuh perjalanan jauh penuh mencabar untuk menunaikan ibadah haji mahupun umrah.

“Sepanjang perjalanan nanti, kami akan berhenti di surau dan masjid untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat selain berkongsi ilmu-ilmu agama,” katanya kepada Bernama sebelum acara pelepasan kembara itu oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin di sini pada 8.45 pagi.

Empat lagi peserta kembara ialah Aminudin Marjani, 40, Badruzzaman Ishak, 45, Jihad Mohd Noor, 50, dan Mohd Aswadee Ali, 38. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?