Lima remaja maut ambil dadah di festival muzik

waarp

BUENOS AIRES, Ahad – Lima remaja maut manakala lima lagi kritikal selepas mengambil dadah ketika menghadiri festival muzik elektronik, ‘Time Warp’ di ibu negara Argentina, semalam.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 25 tahun ditemui mati selepas festival berakhir.

Bedah siasat akan dilakukan terhadap kesemua mayat bagi mengetahui tahap dadah yang diambil sepanjang berlangsungnya festival tersebut.

Bagaimanapun lima lagi mangsa yang masih tidak sedarkan diri dilaporkan masih berada dalam kawalan pihak hospital.

Festival Time Warp ini telah pertama kali diadakan di Jerman pada tahun 1994. Ia merupakan festival muzik elektronik dan mula memasuki Argentina pada tahun 2013.

Ini merupakan kali ketiga ianya diadakan secara berturut-turut dan tahun ini ia bermula pada 15 hingga 16 April.

Susulan kejadian mengejutkan ini, pihak penganjur terus membatalkan festival masuk hari kedua. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?