Mahkamah putuskan Akta Hasutan Berpelembagaan, tolak permohonan Naib Presiden PKR

n_surendran-560x320

KUALA LUMPUR, Khamis -Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden PKR, N. Surendran untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah itu juga memutuskan bahawa akta berkenaan adalah berpelembagaan.Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu atas alasan tiada keperluan untuk merujuk persoalan undang-undang itu ke Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah ini mendapati Mahkamah Persekutuan sentiasa mengguna pakai Parlimen dan keluhuran perlembagaan dalam memutuskan Akta 15 (Akta Hasutan) adalah berperlembagaan, oleh itu mahkamah mendapati ketiga-tiga persoalan itu tidak perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Katanya ketiga-tiga persoalan yang dibangkitkan telah pun dijawab oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam kes pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom.

“Oleh itu mahkamah memulangkan kes ini ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan dan kes ini akan disebut pada 21 April,” katanya.

Persoalan itu adalah sama ada Akta Hasutan 1948 mengikut Perlembagaan Persekutuan, Akta itu bercanggah dengan Perkara 10, 8 dan 5 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 3 (3) Akta Hasutan iaitu pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan niat dalam kes Akta Hasutan.

Surendran, 50,  menfailkan permohonan itu pada 15 Okt 2014.

Peguam itu didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkaitan kes liwat kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi YouTube di Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya antara 2 petang dan 4 petang pada 8 Ogos 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara Surendran diwakili peguam M.Puravalen. -Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?