Mahkamah Rayuan tolak permohonan Anina saman UMNO

aninass

BANGI, Khamis – Mahkamah Rayuan menolak permohonan saman bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin ke atas parti itu berikutan perlucutan keanggotaannya.

Keputusan itu dibuat oleh hakim mahkamah, David Wong Dak Wah hari ini atas sebab sebarang pertikaian dalam mana-mana parti politik perlu diselesaikan di luar mahkamah.

Anina memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Tinggi membatalkan samannya pada 7 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, beliau telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Ekskutifnya, Datuk Ab Rauf Yusoh pada 11 September 2015 kerana mendakwa pemecatannya daripada parti itu tidak sah di bawah Perlembagaan UMNO.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anina berkata, di bawah Fasal 20 Perlembagaan UMNO, kuasa untuk memecat ahli parti hanya boleh dilakukan oleh lembaga disiplin yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT).

Anina turut mendakwa, Tengku Adnan telah mengedarkan surat pelucutan kepada media pada 1 dan 2 September lalu, sebelum menyerahkan kepada beliau secara peribadi.

Dalam dakwaan yang sama, Anina berkata, percubaan untuk memecatnya dari parti di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO adalah cacat dan tidak sah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?