Menteri Arab Saudi akui derma RM2.6 billion untuk Najib

najib-razak_3

ISTANBUL, Jumaat – Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya dari negara itu.

Bagaimanapun beliau berkata, derma yang disumbangkan itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan.

“Kami juga maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, Media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) turut mengakui bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan dari Arab Saudi dan bukannya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang mereka dakwa sebelum ini.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali juga pernah menyatakan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan ekoran dana RM2.6 Billion yang diterimanya.

“Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

“Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri, daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.

“Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi, termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?