MRM buka undian ‘Adakah wajar syarahan Dr Zakir Naik dibatalkan’
BANGI, Isnin – Susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menghalang penganjuran program pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengajak orang ramai membuat undian sebagai tanda sokongan.
Dengan topik ‘Wajarkah Program Syarahan Dr Zakir di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka dibatalkan?’, ia memerlukan pengundi menjawab tiga persoalan bagi menyokong program syarahan ini dapat diadakan seperti yang dirancang dengan memberikan jawapan ya atau tidak.
Antara soalan ialah adakah anda menyokong program syarahan Dr Zakir Naik diteruskan tanpa gangguan.
Undian boleh dilakukan menerusi pautan berikut: http://bit.ly/23nxf3x
Sebelum ini, Pengerusi HINDRAF, P Waythamoorthy dalam kenyataannya menggesa kerajaan untuk tidak membenarkan Dr Zakir daripada menyampaikan siri ceramahnya kerana mendakwa kononnya ajaran yang disampaikan oleh Dr Zakir tidak sejajar dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Begitu juga Pemuda MIC, C Sivarraajh telah menuduh Dr Zakir merendah-rendahkan agama lain yang boleh mencetuskan rasa kurang senang kerana tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap orang lain.
Susulan itu pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya memaklumkan bahawa program Dr Zakir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Ahad, 17 April ini tidak dapat diteruskan atas alasan menjaga ketenteraman awam.
Bagaimanapun, status penganjuran program Dr Zakir Naik pada 16 April di Kuala Lumpur masih belum diketahui setakat ini.
Multiracial Reverted Muslims (MRM) akan membuat sidang media berhubung perkara ini pada jam 4 petang nanti.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan