Mukhriz akan bongkar salah laku pemimpin tertinggi parti

Kedah state Chief Minister Mukhriz Mahathir gestures as he speaks during the Memorandum Of Understanding Singing Ceremony between Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), PR1MA, and SP Baiduri Sdn. Bhd in Petaling Jaya on January 24, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

ALOR SETAR, Rabu – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan bahawa beliau akan terus membongkar isu-isu berkepentingan rakyat termasuk salah laku pemimpin tertinggi parti.

Katanya, beliau mahu menyelamatkan parti daripada terus menjadi mangsa kerakusan segelintir pemimpin.

“Pendedahan terbaru pasti ada setiap kali turun jelajah seluruh negeri, anda tunggu dan lihat,” katanya.

Mengulas lanjut Mukhriz berkata, pemimpin yang kini dilabel sebagai Team B UMNO akan melontarkan pandangan alternatif berhubung apa yang sedang berlaku dalam negara.

“Rakyat Kedah yang mahukan jawapan tentang situasi sebenar apa yang berlaku dalam negara bolehlah hadir.

“Saya nak ajak rakyat Kedah termasuk ahli UMNO dan pembangkang datang dan dengar sendiri apa yang akan kami dedahkan, termasuk isu-isu Kedah,” katanya seperti lapor Sinar Harian.

Beliau akan berada sepentas dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, membicarakan isu-isu semasa Selamatkan Malaysia di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra pada 28 April ini.

Sementara itu mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyifatkan tindakan pemimpin UMNO menyertai siri jelajah Deklarasi Rakyat memecah belahkan parti, Mukhriz berkata Bashah perlu merujuk terlebih dahulu berkenaan krisis Menteri Besar Kedah pada Januari lalu.

“Sebelum gerakan menjatuhkan saya sebagai menteri besar, UMNO Kedah tidak berpecah.

“Usaha menggantikan saya dengan Ahmad Bashah itulah yang jadi penyebab parti berpuak-puak di peringkat akar umbi,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?