Naib Presiden Isma juga sanggup biaya tiket penerbangan Ramasamy
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, Rabu – Naib Presiden Isma, Abd Rahman Mt Dali turut menyatakan kesediaannya membiayai tiket penerbangan Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy bagi menghadiri program siri jelajah pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik di Kuala Lumpur.
Katanya, pelawaan itu berniat supaya Ramasamy mengenali dan memahami Islam itu sendiri secara betul serta tidak menjadi seorang pelampau dan anti-Islam.
“Kita juga mahu beliau mengubah sikap agar lebih bersopan dan tidak kebudak-budakan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Pengarah Program Jelajah Ceramah Dr Zakir Naik, Abu Shariz Sharajun Hoda mengundang Ramasamy ke program Dr Zakir serta sanggup membiayai tiket penerbangannya sekiranya beliau sudi menghadirkan diri.
Abu Shariz turut menjemput Presiden MIC, wakil dari Hindu Sangam dan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) untuk hadir ke program berkenaan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan