Najib hadir sidang kemuncak OIC di Turki bermula Khamis ini

Malaysia's Prime Minister Najib Razak waves as he arrives at Naypyitaw international airport to attend 24th ASEAN Summit May 10, 2014. Myanmar chairs the 10-member Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) this year. REUTERS/Soe Zeya Tun (MYANMAR - Tags: POLITICS)

KUALA LUMPUR, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermula Khamis ini di Istanbul, Turki.

Sidang Kemuncak OIC selama dua hari itu yang bertemakan ‘Perpaduan dan Kebersamaan untuk Keadilan dan Keamanan’ akan meneliti dan menetapkan hala tuju polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian OIC, menurut kenyataan media Wisma Putra di sini hari ini.

Menurut Kementerian Luar, sidang kali ini akan menekankan mengenai pentingnya perpaduan dan kebersamaan negara-negara anggota OIC dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh dunia Islam.

“Sidang kemuncak ini dijangka akan menggariskan pendekatan-pendekatan menerusi dokumen-dokumen akhir agar dapat dilaksanakan oleh negara-negara anggota OIC, untuk kebaikan negara-negara anggota dan Ummah,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut Wisma Putra, sebagai sebuah daripada negara pengasas OIC, penyertaan Malaysia di sidang kemuncak itu membuktikan komitmen utuh negara bagi meneruskan peranan aktif di dalam OIC serta menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan Ummah.

Najib diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri kanan kerajaan ke sidang kemuncak itu.

Sidang Kemuncak OIC, yang diadakan setiap tiga tahun sekali, didahului dengan mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar yang bermula Selasa dan Rabu, dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan pada Ahad dan  Isnin.  – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?