PAS ajak rakyat bantah DLP di Dataran Merdeka

12932800_1388201391206194_3599200596446872143_n

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Kerajaan adalah pemegang amanah pertama bertanggungjawab menjaga kedaulatan Bahasa Melayu yang disifatkan sebagai fardhu Kifayah.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan kerajaan supaya tidak mengabaikan kedaulatan Bahasa Melayu sebagaimana kegagalan kerajaan sebelum ini dalam mempertahankan tulisan Jawi.

“Fardhu Kifayah adalah tanggung jawab yang mesti dipikul oleh kerajaan di tempat pertama. Kerajaan telah mensia-siakan amanah, lalu tulisan Jawi kini hampir berkubur.

“Kini, kerajaan membiarkan Bahasa Malaysia dijaga oleh hanya ibu bapa. Inilah kemungkaran yang nyata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

12670827_1388201441206189_2540448759848652035_n
Mengulas lanjut katanya, tindakan kerajaan melaksanakan program Dwi-Bahasa (DLP) jelas menunjukkan bahawa amanah mempertahankan Bahasa Melayu itu diperlekehkan.“Menjaga ‘jiwa bangsa’ ini adalah fardhu Kifayah yang kerajaanlah pemegang amanah di tempat pertama.

“Mengapa memperlecehkan amanah besar ini dengan melaksanakan program DLP yang akan menghakis Bahasa Malaysia daripada sebahagian anak bangsa nanti?,” katanya.

Serentak itu, beliau menyeru rakyat untuk sama-sama menentang pelaksanaan DLP ini pada 9 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Lawan DLP sampai habis! Jom hadir ke Himpunan Aman #BantahDLP,” katanya.

Himpunan Aman Bantah DLP ini adalah anjuran Kongres Rakyat, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan Gerakan Isu-Isu Pendidikan Kebangsaan (GIPK).

12472281_1388201491206184_9060019872756397231_n
 
Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?