PAS sokong pelantikan Muhammad Ibrahim sebagai gabenor BNM

Tuan-Ibrahim

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Jumaat – PAS menyokong dan bersetuju dengan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim sebagai pengganti Dr Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada akhir bulan ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan Muhammad Ibrahim itu dilihat selaras dengan desakan parti itu sebelum ini bahawa pelantikan Gabenor BNM bukan daripada kalangan ahli politik.

“Pelantikan Dato Muhammad Ibrahim diharap mampu meneruskan dan menambah keyakinan rakyat terhadap usaha untuk memuliakan kedudukan kewangan negara.

“Rakyat juga berharap beliau akan bersikap tegas dalam menyelesaikan kemelut 1MDB yang masih belum selesai,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, PAS percaya kedudukan Muhammad Ibrahim sebagai Timbalan Gabenor paling senior di bawah Tan Sri Zeti sebelum ini, mampu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

“Tugas besar yang menanti beliau ialah memperteguhkan peranan Bank Negara dalam mengawasi perjalanan perbelanjaan kerajaan dan syarikat tanggungan kerajaan selain merangka strategi berkesan dalam memastikan ekonomi negara terus stabil dan kukuh dalam keadaan tidak menentu ini selain menjadi penasihat berkesan kepada kerajaan.

“Namun beliau juga akan menjadi fokus rakyat bagi melihat perjalanan 1MDB yang masih bergelut dengan pelbagai su yang sentiasa muncul lebih-lebih lagi apabila kini 1MDB dalam keadaan ingkar,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Tuan Ibrahim turut meluahkan penghargaannya terhadap perkhidmatan Zeti sebagai gabenor berikutan prestasi memberangsangkan BNM.

“Kepada Tan Sri Zeti, PAS mewakili rakyat mengucapkan tahniah dan takziah atas hasil kerja dan prestasi BNM yang cukup memberangsangkan.

“PAS juga tahu tidak mudah bagi pelantikan Dato Muhamad Ibrahim sebagai Gabenor BNM berlaku jika Tan Sri tidak mendesak dan mendesak kerajaan dengan pelbagai peringatan melalui media bahawa pelantikan Gabenor BNM mestilah bukan dari kalangan ahli politik,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?