Peguam, pegawai bank terbabit curi wang insurans: PPIM
KUALA LUMPUR, Jumaat – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan ada peguam dan kakitangan bank dipercayai mendalangi sindiket penipuan bayaran pampasan insurans kemalangan yang mereka kendalikan.
Ketua Aktivis PPIM , DatukJohan, berkata penipuan itu menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000 membabitkan enam mangsa kemalangan motosikal yang tampil membuat aduan kepada persatuan itu.
Beliau bagaimanapun, yakin jumlah mangsa lebih ramai kerana ada yang bimbang untuk membuat aduan.
“Mereka adalah mangsa kemalangan motosikal dan berurusan mengenai pembayaran pampasan insurans dengan seorang peguam yang berpejabat di SS15, Subang Jaya.
“Sepatutnya, mereka memperoleh pampasan kemalangan pada jumlah ditetapkan insurans, namun peguam terbabit mengambil sebahagian wang itu tanpa pengetahuan mangsa.
“Urusan itu dilakukan di sebuah bank di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini..
Nadzim berkata, dalam beberapa kes, peguam terbabit mengambil hampir separuh daripada pampasan walaupun hanya dibenar 10 peratus sebagai yuran pengurusan.
“Ada mangsa menyedari perkara itu tetapi apabila disoal, peguam terbabit mendakwa ia adalah untuk pelbagai caj. Persoalannya, bagaimana wang itu dikeluarkan dari akaun mangsa tanpa kehadiran atau kelulusan pemegang,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan