Pelajar UniSZA penerima Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi (ATS) 2015

KUANTAN 23 APRIL 2016. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tiga kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Siswa 2015 kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Muhammad Anas Misbahudin (tengah) sambil disaksikan Naib Cancelor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim (dua kiri) pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2015 UMP Gambang. STR/MUHAMMAD SHAFIQ MOHD ZAIN

KUANTAN, Ahad – Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Anas Misbahudin dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi pada majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2015 yang berlangsung di sini malam ini.

Muhammad Anas, 24, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan kepujian menerima anugerah itu hasil daripada kejayaan program UniSZA Merentas Sempadan Acheh dan 1st Malaysian Students Global Policy Symposium 2015.

Beliau turut merangkul Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa dan Anugerah Pemimpin Program Kepimpinan Terbaik (Terbuka) yang melayakkannya membawa pulang sebuah motosikal berserta wang tunai berjumlah RM7,500 dan trofi serta sijil penghargaan.

Penyampaian anugerah itu di Universiti Malaysia Pahang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang turut disertai timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Muhammad Anas berkata dia tidak menjangka dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan, namun gembira dapat membanggakan kedua ibu bapanya yang turut hadir pada majlis penganugerahan itu.

Muhammad Anas berkata kejayaannya itu hasil daripada doa dan sokongan padu ibu bapa terhadap segala minatnya selama ini.

“Ibu bapa saya tidak henti memberikan sokongan dalam apa jua saya lakukan walaupun terlalu sibuk dengan kerja masing-masing,” katanya.

Muhammad Anas berkata dia mempunyai beberapa perancangan selepas tamat peringkat ijazah sarjana muda antaranya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana sehingga doktor falsafah (PhD).  – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?