‘Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah seperti melepas batuk di tangga’

adzis

BANGI, Isnin – Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Adzis Abas berkata penggunaan bahasa Melayu dalam mahkamah masih tidak memuaskan apabila ia masih dicemari dengan penggunaan bahasa Inggeris.

Katanya, walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperuntukkan secara jelas di bawah Perkara 152, Perlembagaan, amalan penggunaannya di mahkamah seperti melepaskan batuk di tangga.

“Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah tidak boleh dipertikaikan seperti diwartakan dalam Perlembagaan.

 “Bagaimanapun, ia kurang memuaskan kerana masih terdapat perbicaraan yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris dengan alasan kurang istilah atau tiada kamus rujukan dalam bahasa Melayu dalam bidang perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Perbicaraan Peringkat Kebangsaan 2016 di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Sementara itu mengulas mengenai penganjuran pertandingan berkenaan, Yang Dipertua Majlis Peguam Malaysia (MPM), Steven Thiru berkata ia selari dengan matlamat Jawatankuasa Bahasa Melayu (JBM), MPM untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan.

 “Saya menaruh harapan yang tinggi kepada peguam muda, pelatih dalam kamar (chambers) dan pelajar jurusan undang-undang di universiti awam (UA) dan swasta menimba pengalaman daripada pertandingan ini.”

“Dalam menjalankan kes, bahasa yang digunakan oleh saksi amat penting. Jika saksi ingin bercakap dalam bahasa Melayu, peguam tidak boleh memberikan sebarang alasan untuk menggunakan bahasa selainnya,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian