Perak perlu laksana catuan bekalan air

BAGAN SERAI, 23 April -- Tinjauan hari ini mendapati tiga buah bot yang membawa pengunjung ke Pulau Orang Utan tersadai di jeti Pulau Orang Utan Bukit Merah Lake Town Resort. Pulau Orang Utan yang melindungi 24 ekor Orang Utan ditutup sementara sejak 11 April lalu kerana bot tidak dapat beroperasi ekoran air Empangan Bukit Merah yang semakin menyusut. - BERNAMA

Bernama

BAGAN SERAI, Jumaat – Perak perlu melaksanakan catuan bekalan air bagi mengelak air di empangan semakin menyusut disebabkan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino.

Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Prof Datuk Dr N. Marimuthu berkata apabila catuan dibuat, tempoh bekalan air di empangan boleh bertahan daripada 30 hari kepada 60 hari.

“Catuan perlu dilaksanakan dua hari sekali supaya bekalan air di negeri ini tidak terjejas berikutan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas yang melanda negara akan berlarutan sehingga September,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Empangan Bukit Merah di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah dan tidak sewenang-wenangnya melakukan pembaziran kepada perkara yang tidak berfaedah.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata air di Empangan Kolam Bukit Merah mampu bertahan 30 hari kerana paras air semakin menyusut.

Selain itu, Marimuthu berkata jurutera SPAN sedang meneliti kedudukan beberapa empangan lama di negara ini termasuk di Johor dan Perak yang sudah berusia 100 tahun. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?