Persatuan Pengguna sokong Perak henti lesen pusat hiburan keluarga

DatoAmarjitSinghInterview-2

IPOH, Rabu – Usaha kerajaan negeri Perak untuk menghentikan pengeluaran serta pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga mulai tahun depan mendapat sokongan persatuan pengguna.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata banyak pemilik pusat hiburan yang membenarkan premis mereka dijadikan tempat bagi aktiviti perjudian.

“Tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan pusat hiburan keluarga sedia ada adalah tempat di mana aktiviti perjudian berlaku secara senyap.

“Sebenarnya pusat hiburan macam ini tidak menguntungkan pun. Syabas kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exco berkenaan atas keputusan yang berani ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya negeri lain tidak mahu mencontohi perkara tersebut, mereka perlu melakukan penguatkuasaan lebih tegas dalam memastikan syarat permitnya tidak dilanggar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan sebelum ini mengumumkan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan pengeluaran serta pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga mulai 2017.

Bagi Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional, Muhammad Sha’ani Abdullah, pusat hiburan keluarga masih boleh terus diwujudkan namun dengan pendekatan berbeza.

Beliau berkata antara langkah yang boleh dibuat ialah dengan membuka pusat hiburan keluarga antara lain dalam taman tema atau hotel bagi memastikan pematuhan peraturan lebih baik.

Beliau turut menyarankan agar permohonan lesen pusat hiburan perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada penduduk setempat sebelum dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sama ada diberi kelulusan atau tidak.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?