PM lancar laporan tahunan NTP malam ini

najib-tun-razak

BANGI, Selasa – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015 pada malam ini.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri berkata, pelancaran Laporan Tahunan NTP akan disiarkan secara langsung di TV1 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 8.30 malam dan boleh ditonton di http://ift.tt/1SIGp5z

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Pemandu, momentum transformasi besar dapat dicapai dalam beberapa bidang sosioekonomi utama di bawah NTP sejak enam tahun lepas.

“Ini termasuklah mengukuhkan asas bagi pertumbuhan ekonomi mampan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam, mewujudkan persekitaran perniagaan berdaya saing global, dan membangunkan jaringan keselamatan berkesan bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pada 2010, Malaysia memulakan pelan transformasi 10 tahun itu. Dilaksanakan daripada aspirasi Model Ekonomi Baru perdana menteri, NTP dilancarkan untuk memacu Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi langlah-langkah mampan dan iklusif.

“Peluang-peluang bagi pemerkasaan ekonomi telah disampaikan, infrastruktur luar bandar dan bandar turut menyaksikan peningkatan ketara berbanding lima tahun dahulu.

“Kerajaan ‘mencipta semula’ dirinya di beberapa kawasan bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam yang ‘berorientasikan pelanggan’,” kata unit itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?