Presiden Yaman pecat Perdana Menteri

Abed Rabbo Mansour Hadi

ADEN, Isnin – Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi dilaporkan telah memecat Perdana Menteri yang juga Naib Presiden negara itu, Khaled Bahah, semalam.

Pemecatan mengejut Bahah berlaku seminggu lebih awal daripada gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai usaha antara pihak bertelagah Yaman yang dijangka membuka jalan bagi rundingan damai di Kuwait pada 18 April ini.

Abedrabbo berkata, keputusan memecat Bahah adalah kerana kegagalan beliau dalam prestasi kerajaan bagi tempoh sebelum ini terutama dalam ekonomi, perkhidmatan dan keselamatan negara.

“Pentadbiran Bahah telah gagal meringankan penderitaan rakyat, menyelesaikan masalah mereka dan menyediakan keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau kemudiannya melantik bekas ketua setiausaha Parti Kongres Rakyat Umum (GPC), Ahmed Dagher sebagai Perdana Menteri baru menggantikan tempat Bahah.

Beliau turut melantik General Veteran, Ali Mohsen al-Ahmar sebagai Naib Presiden manakala Bahah kini tidak akan berkhidmat sebagai penasihat kepada Presiden.- Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?