PRN Sarawak: Mesyuarat khas 14 April bincang tarikh penamaan calon, mengundi

abdul_ghani_salleh_1905_840_625_100

BANGI, Isnin – Satu mesyuarat khas akan diadakan pada 14 April ini berhubung perbincangan tarikh penting untuk Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas itu akan diketuai oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Ia dijadualkan berlangsung di Dewan Muhibbah, Hotel Merdeka Palace di Kuching pada jam 9.30 pagi.

“Mesyuarat itu adalah untuk membincangkan tarikh penting seperti hari penamaan calon, pengundian awal dan persiapan lain yang diperlukan untuk pilihan raya.

“Ini akan diikuti dengan sidang akhbar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuatkuasa 11 April lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?