PRN Sarawak: PKR, DAP terus bertelagah pembahagian kerusi
BANGI, Ahad – Kurang 24 jam lagi sebelum pencalonan pilihan raya negeri Sarawak, parti pembangkang PKR dan DAP masih terus berdepan konflik dalam pembahagian kerusi yang membawa pertembungan tiga penjuru di lima kawasan.
Sekutu Pakatan Harapan, Pengerusi parti rasis dan cauvinis DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata, PKR hendaklah menghormati dan tidak membenarkan mana-mana pertidihan kerusi berlaku.
Katanya, DAP akan mengambil semula kerusi Batu Kitang yang diperuntukkan kepada PKR.
“Saya telah didesak oleh ahli-ahli DAP dan juga orang ramai di Batu Kitang. Kata mereka, jika PKR tidak menghormati kata-kata mereka, mengapa kita harus ikut?,” katanya.
Penyandang Kota Sentosa itu turut mendedahkan perjanjian yang ditandatangani PKR sebagai bukti kata sepakat telah dicapai antara kedua-dua parti.
Perjanjian bertulis tangan itu didakwa ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Jumaat lalu, Pengerusi PKR, Baru Bian mengesahkan bahawa terdapat lima pertindihan kerusi dengan salah satu daripada parti sekutu Pakatan Harapan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan