Ramasamy mohon maaf gelar Dr Zakir Naik ‘syaitan’

zakir naik ramasamy dap
BANGI, Selasa – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy hari ini memohon maaf hari ini kerana menggelar pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’ melalui status di laman Facebooknya 10 April lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengaku telah memanggil Zakir dengan gelaran ‘syaitan’ melalui status di laman Facebook ‘Let us get ‘Satan’ Zakir Naik out of this country’.

“Saya kesal jika penggunaan perkataan ‘syaitan’ telah menyebabkan rasa tidak senang di kalangan umat Islam di Malaysia.

“Ini tidak sama sekali niat saya kerana saya menghormati semua agama di negara ini,” katanya.

Melalui status itu, beliau turut menulis bahawa Dr Zakir telah memberikan ceramah yang membenci agama lain selain Islam.

“Pada hari yang sama, saya sedar perkataan ‘syaitan’ adalah tidak sesuai dan saya memadamnya daripada laman Facebook saya.

“Status saya tidak menentang Islam atau muslim di negara ini, ia hanya terhadap orang itu (Dr Zakir Naik),” katanya.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, maka semua agama di negara ini perlu dihormati.

Semalam, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim menyifatkan tindakan Ramasamy itu sebagai keterlaluan dan telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan pejabat pemimpin DAP itu telah diserang dengan dilemparkan bom molotov pada awal pagi tadi.

Kejadian ini dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya di Facebook yang menggelar Dr Zakir Naik sebagai syaitan.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Chai Leng Park.

syaitan ramasamy

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?