Rayani Air mula bayar balik wang penumpang

3-10-Fakta-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Mengenai-Rayani-Air-VITDAILYBANGI, Isnin – Syarikat penerbangan patuh syariah sulung Malaysia, Rayani Air sudah mula membuat bayaran balik kepada penumpang susulan penggantungan operasi penerbangannya, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ravi Alagendrran, berkata pihaknya sedang berusaha untuk membuat bayaran balik bermula Isnin bagi tiket yang telah ditempah penumpang sebelum ini.

“Kami telah mula melakukan proses bayaran balik kepada penumpang pagi ini (Isnin). Penumpang-penumpang yang telah membuat tempahan tiket boleh datang ke pejabat kami di Shah Alam untuk mendapatkan bayaran balik,” katanya yang dipetik daripada mStar online.

Beliau yang nyata kecewa dengan situasi itu memohon maaf kepada penumpang dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat penerbangan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang berusaha keras untuk menyelesaikan urusan dalaman bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

“Kerjasama dari semua penumpang sangat kami hargai. Kami memahami agenda rancangan dan jadual anda (penumpang) terganggu, kami memohon maaf.

“Kami akan membalas setiap emel berhubung pertanyaan dan bayaran balik anda,” katanya dalam laman Facebook, semalam.

Sabtu lalu, Rayani Air mengumumkan penggantungan operasinya sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat dan akan beroperasi kembali selepas melakukan penstrukturan itu.

Selain itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya sehingga menyebabkan beberapa penerbangan dibatalkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?