Saya tak minta campur tangan luar: Tun M

tun-m (2)

BANGI, Isnin – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan berhubung kenyataannya yang mahu campur tangan asing terhadap urusan dalaman negara.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan banyak pihak terhadapnya berhubung kenyataan beliau yang meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Najib supaya meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir berkata beliau akan terus bercakap kepada media asing mengenai pelbagai isu yang berlaku di Malaysia.

“Saya akan beritahu media asing mengenainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tun Dr Mahathir ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berhubung kertas siasatan terhadapnya telah dibuka, beliau menganggap ia sebagai satu perkara biasa.

“Dia siasat dah…dah dua kali siasat. Semua kawan-kawan saya pun dah kena siasat dah. Tak cukup siasat, Lembaga Hasil Dalam Negeri pun kacau mereka,” katanya.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, berkata bahawa harapan supaya Najib selaku Perdana Menteri berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?