Semua negeri disyor fatwa haram nikah Syiah-Sunni

BANGI 21 APRIL 2016. Penceramah (dari kiri) Pakar Rujuk Berkaitan Syi'ah di Jais, Dr Kamaludin Nurdin Marjuni, Ketua Aliansi Nasional Anti Syi'ah (ANNAS) Pusat Dari Indonesia, KH Athian Ali Dai, Pakar Pengkaji Syi'ah dari Selatan Thailand, Dr Ahmad Ehsan dan Pakar Pengkaji Syi'ah dari Malaysia, Abdullah Din pada program Seminar Antarabangsa Gerakan Syi'ah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam (SGS16) di Dewan Canselor UKM, Bangi. NSTP/MUHD ASYRAF SAWAL

Sumber foto: NSTP

BANGI, Khamis – Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah, Abdullah Din menggesa jawatankuasa fatwa negeri mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinan antara pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah.

Beliau berkata, ketiadaan fatwa yang jelas berhubung perkara itu menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan masyarakat yang berpegang pada ASWJ apabila berkahwin dengan pengikut Syiah, sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.

“Antara masalah yang timbul ialah membabitkan tuntutan perundangan seperti fasakh atau tuntutan cerai dan permohonan hadhanah (hak jagaan anak).

“Contohnya dalam isu hadhanah, mahkamah tidak akan serahkan anak sewenang-wenangnya kepada ibu atau bapa yang berpegang pada ajaran Syiah jika ada fatwa jelas berhubung isu itu seperti yang sudah pun berlaku ketika ini.

“Malah apabila ada fatwa, ibu bapa dan mereka yang mahu berkahwin secara tidak langsung perlu menyelidik pasangan masing-masing kerana ada ‘tanda’ tertentu untuk kenal pengikut Syiah,” katanya ketika berucap di Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam (SGS) 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu negeri mengeluarkan fatwa mengenai perkahwinan di antara ASWJ dan Syiah iaitu Perlis, namun hukumnya hanya makruh.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?