SJK Cina Tamil tak wajib belajar Bahasa Malaysia lima jam seminggu
KUALA LUMPUR, Jumaat – Semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak diwajibkan mempelajari subjek Bahasa Malaysia selama lima jam seminggu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon.
“Kami telah membincangkan isu ini dalam mesyuarat kementerian di mana saya telah menyuarakan kebimbangan yang dibangkitkan kumpulan pendidikan Cina.
“Mungkin pegawai pendidikan daerah belum dimaklumkan mengenai keputusan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.
Chong berkata demikian bagi menjawab pertanyaan yang SJK C tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa untuk mengikuti arahan untuk menambahkan masa untuk pembelajaran BM.
Menjelaskan bahawa ia adalah hak SJKC sama ada untuk meningkatkan masa pelajaran itu atau tidak, beliau berkata, adalah tidak benar murid sekolah ini masih perlu belajar Bahasa Malaysia selama 300 minit seminggu.
Mengikut garis panduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan pada 2011, tempoh waktu belajar subjek Bahasa Malaysia bagi Tahun Satu hingga Tiga SJKC akan ditambah 30 minit bagi setiap satu daripada 10 waktu belajar seminggu.
Bagi Tahun Empat hingga Tahun Enam, ada lapan waktu seminggu dan pembelajarannya mengambil masa 30 minit setiap waktu itu.
Sesetengah ibu bapa murus SJK telah menyatakan kebimbangan mengenai penambahana masa untuk subjek Bahasa Malaysia yang mana mereka mendakwa akan menganggu peruntuk bagi pelajaran lain.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan