SOP penyediaan makanan di sekolah diperketat
Gambar hiasan
TELUK INTAN, Jumaat – Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dalam memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) penyediaan makanan di kantin dan asrama sekolah di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, ia sebagai langkah bagi mengelakkan kes keracunan makanan pelajar sekolah daripada terus berulang berikutan ketika ini sudah beberapa sekolah telah dilaporkan kejadian sedemikian.
Menurut beliau biarpun sudah berulang kali memberi nasihat kepada pengendali makanan, namun ada segelintir yang didapati gagal mematuhi SOP berkenaan.
“Pengendali operasi dewan makan asrama mahupun kantin sekolah perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam penyediaan makanan dengan memastikan pencemaran tidak akan berlaku.
“Walaupun mereka sudah buat, kadang-kadang kita nampak juga (kes keracunan) kerana logistik itu merupakan rantaian yang begitu panjang iaitu bermula daripada tempat bahan mentah itu dibeli, cara penyimpanan, penghantaran untuk ke tempat memasak, jangka masa memasak dan jika gagal (patuhi SOP), maka akan berlakulah kes keracunan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan lawatan kerja ke Hospital Teluk Intan di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Juita Ghazalie dan Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr Megat Iskandar Megat Abdul Halim.
Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas tiga kejadian kes keracunan makanan yang berlaku pada bulan ini termasuk yang terbaharu membabitkan 34 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat, Johor semalam yang keracunan akibat memakan ayam percik.
Sebelum itu, kes keracunan makanan dilaporkan membabitkan 29 murid Sekolah Kebangsaan Tiong, di Kelantan serta kes di Sekolah Menengah Sains Tapah (Sesta) yang melibatkan 65 pelajar dan seorang guru selepas makan kari ayam dan roti jala yang disediakan dewan makan asrama sekolah itu.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata pihaknya akan menambah baik sistem pengudaraan di wad hospital itu selain menambah dan mengganti peralatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Unit Dependensi Tinggi (HDU) yang akan dilakukan secara berperingkat pada tahun ini.
Menurutnya pegawainya akan dihantar bagi melakukan pemeriksaan dan melakukan penilaian yang sewajarnya bagi menambah baik peralatan dan keselesaan pesakit. – Bernama
Ustaz Os, [22.04.16 09:28]
menawarkan sijil palsu mengetahui ramai pihak yang mahukan ijazah tanpa belajar di universiti. Mereka ini pun dikategorikan sebagai penjenayah kerana mahukan jalan singkat bagi membolehkan orang lain mengiktirafkan ‘kelayakan’ mereka.
Sewajarnya mereka juga perlu ditangkap bukan sahaja pihak yang menawarkan sijil ijazah yang palsu.
Terdapat juga kes pekerja yang diambil dengan dibayar gaji mengikut ‘sijil’ tetapi akhirnya penipuan telah berjaya dibongkarkan.
Apakah akan terjadi jika terdapat begitu banyak kes sebegini di Malaysia terutamanya lambakan pekerja warga asing di Malaysia yang tidak diketahui kesahihan kelayakan dan kompetensi mereka kecuali sekadar sehelai sijil yang mudah dipalsukan?
Mereka ini dibayar gaji berlipat kali ganda berbanding rakyat Malaysia tetapi melihat sumbangan mereka tidak setimpal dengan kelayakan sijil berbanding sumbangan pekerja Malaysia.
Yang rugi bukan sahaja para pekerja Malaysia dan majikan tetapi juga negara kerana mengalami kerugian berganda. Pertama kerugian ditipu ‘kelayakan’ mereka yang akhirnya sumbangan mereka amat rendah berbanding rakyat Malaysia. Kedua kerugian wang yang dibawa keluar ke negara mereka.
Justeru, tatkala kerajaan menyasarkan 73 peratus pelaburan langsung domestik (DDI) berbanding 27 peratus pelaburan langsung asing (FDI) menjelang tahun 2020, sudah sampai masanya menangani jenayah komersial melalui suruhajanya yang serius memeranginya.
Leftenan Komander (B) Datuk Hj Adam Hj Ahmad
Pakar Analisis Jenayah Komersil
Ulasan
Catat Ulasan