Syiah berselindung di sebalik Tadika agensi pelancongan sebar kesesatan
KUALA LUMPUR, Khamis – Pengikut Syiah kini dikesan berselindung di sebalik pusat pendidikan pra sekolah atau Tadika dan syarikat pengurusan haji serta umrah bagi mengembangkan ajaran mereka.
Perkara ini didedahkan Timbalan Yang di-Pertua Persatuan Ulama Kedah, Abdullah Din kepada media selepas Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
“Sebagai contoh, sebuah pusat pendidikan pra sekolah yang agak popular di negara ini turut diterajui oleh pengikut Syiah dan ini amat membimbangkan terutama bagi anak-anak yang dihantar ke situ,” katanya.
Katanya, jika ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat pendidikan pra sekolah terbabit, ia sekali gus membantu pihak berkenaan mengembangkan ajaran Syiah dengan menguatkan ekonomi mereka.
“Saya harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu terhadap pusat pendidikan yang dikenal pasti itu bagi menggelakkan ia mengembangkan ajaran Syiah kepada anak-anak yang dihantar ke situ,” katanya.
Selain itu, Abdullah berkata, ajaran Syiah sewajarnya dibanteras secara berterusan dan bukannya hanya berkala bagi memastikan ia tidak berkembang di negara ini.
“Usaha banteras ajaran Syiah ini diharap bukan berkala dan bukan hanya bila isu panas saja. Ia libatkan isu akidah dan musuh tidak berhenti, jika kita berhenti sampai bila nak tangani perkara ini,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan