Tamatkan legasi politikus pemakan dedak: Ketua Penerangan Isma

Haji-Hazizi-56

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Rabu – Legasi politikus pemakan dedak perlu ditamatkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman sebagai menyelar pengakuan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini berkata, pengakuan Nazri menerima dedak daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip.

“Mereka menghalalkan segala cara, demi matlamat politik masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Ustaz Hazizi menggesa rakyat supaya memilih pemimpin berasaskan prinsip bukan sebaliknya yang taksub jahiliyah.

“Rakyat perlu memilih pemimpin berasaskan prinsip, bukan taksub jahiliyah,” katanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, mengakui beliau ‘makan dedak’ sebagaimana yang diperkatakan kepadanya sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” kata Nazri kepada pemberita.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?